Chinese New Year
SEJARAH PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu,
dimana seekor makhluk ganas yang bernama "Nian" membuat huru-hara di
Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhlu kini. Akhirnya
mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun Baru
Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina.
Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian „cheongsam‟,
menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. Mitos : Menurut legenda, pada zaman dahulu,
Nián ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi
lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitarmusim sejuk, untuk
memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar
menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga
api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa
kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián , yang bermaksud
"menyambut tahun baru"membawa erti harfiah "meredah raksasa
Nian". Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di
China adalahpermulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita
ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang
Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput
semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12binatang sahaja yang sampai.
Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan
menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang
ituialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular,
naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam
tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut. Upacara khusus dalam perayaan Terdapat
beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina. Antaranya ialah jamuan bersama-sama semua
ahli keluarga mereka pada malam sebelum tahun baru cina sama ada tinggal di
rumah atau jauh dari kampung halaman.
Selain itu, tarian singa akan diadakan sama ada di rumah ataupun kedai
mereka untuk menghalau puaka dan juga musibah.
Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka
yang telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Pada hari yang kelima belasmerupakan hari
terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié
ataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini
mereka akan makan bersama-sama keluarga sekali lagi. Individu yang mengetuai upacara khusus
kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah
ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.Tempat khusus
sambutan di jalankan Sambutan Tahun Baru Cina dijalankan di rumah dan di
desa.Selain itu,sambutan ini juga disambut di sebahagian pekan dan bandar
kecil.
Gambar 1: Rasaksa Nian
Sebelum perayaan pada hari-hari sebelum Tahun Baru, kaum
keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka
percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa
pada tahun yang berlalu sertamenyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib
baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan
hari pertama agar nasib baik itu tidak bolehdisapu keluar. Ada orang yang
mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis
pepatah mengucapkan kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Acara
terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan
sempena jamuan ini. Di China Utara,
adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan
kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat
dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini
sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah
dan kehormatan.
Gambar 2: "Tuan Yuan Fan
" Makan Malam dengan Keluarga dan
Perkataan Bertuah
SEMASA :
Semasa Tahun Baru
Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan untukmenyambut tetamu
yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai mereka.Kebiasaannya
keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga yang lebih tua
seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang. Sempena Tahun Baru Cina, rakyat
China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib
baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik
orang China. Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara terbalik,
sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan“datang” dalam bahasa
Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”.
Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini. Tāngyuán
ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut
ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak
dandihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau
tanpa isi. ANG PAU Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan
sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua
kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa
memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus
ringgit. Jumlahwang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan
angka genap, kerana angkaganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan
dalam upacara pengebumian . Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana
perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati,maka wang dalam angpau tidak
boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama
bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam
ang pau.
Gambar 3: Sembayang Nenek Moyang
dan Mengeda Ang Pao
SELEPAS :
Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga cina akan
bersama-sama mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi
meninggalkan sanak-saudara mereka. Pada hari kelima belas mereka akan meraikan
sebagai Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi
Hari Valentine dan juga Hari Bujang.
MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
Ucapan "xin nian kuai le" merupakan bahasa Cina
yang bermaksud Selamat Tahun Baru Cina. Ucapan ini merupakan ucapan
kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal
dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di
bahagian utara China,"guò nián hǎo" yang dijadikan ucapan tradisi,
bagi membezakannya dari Tahun Baru Cina antarabangsa, boleh dipakai dari hari
pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialah dapat hidup dalam
keadaan yang baik. Selain itu, "Gong Xi Fa Cai” yang diterjemah sebagai
tahniah dan semoga mendapat rezeki.
PAKAIAN
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai
sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh
jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala
hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.
HARI SEBELUM TAHUN BARU CINA
Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲 ,Cina Ringkas: 守岁)berlangsung
apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama
dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan
tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan
usia ibu bapa.
Gambar 4:Aktiviti
Shou Sui
HARI- HARI PERAYAAN
Hari Pertama:
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari
kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang
meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada
memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan
mereka akan lanjut usia. Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina
merupakan masa keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga
paling senior dalam keluarga mereka,biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik
untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah. Tāngyuán , bebola pulut manis dalam
sup,dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat
daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk
membentuk bebola, kemudiandimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tang
yuan boleh dibuat sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan
setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.
Gambar 5: Tarian Singa dan Makanan
Tang Yuan
Hari Kedua :
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka
tahun" menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu
bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuanyang telah kahwin mungkin
tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.
Hari Ketiga :
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang
tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara.
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah", yang bermaksud mudah
untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk
ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami
kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi
rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru
wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
Hari Kelima :
Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi
"pecah lima" . Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen,
dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari
tersebut dan diserikan oleh pemetik api.
Hari Ketujuh :
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai iaitu
hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan
kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila saladikan mentah lambung, yee sang,
dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan
menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Ini merupakan adat
resam utama yang diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti
Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia
selain rantau tersebut.
Hari Kesembilan :
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina
untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan
di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun
baru"suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan
tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut.
Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi
suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberap agenerasi lalu.
Hari Kelima Belas :
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang
diraikan sebagai Yuánxiāo jié ,atau Chap Goh Mei, versi Cina bagi Hari
Valentine. Bagi hari ini orang Hokkien ada satu tradisi, tradisi ini terbuka
bagi orang yang belum mempunyai kekasih atau orang yang bujang. Tradisi ini adalah membuang limau(perempuan)
atau pisang(lelaki) yang telah menulis no.telephone atau alamat rumah ke dalam
kolam. Selepas itu, tunggu orang
menelefon yang berikut nombor yang berada di kulit limau atau pisang yang telah
mengaut di dalam kolam itu. Tetapi
mereka boleh memilih terima atau tidak.
Gambar 8: Aktiviti Chap Goh Mei
SIMBOL:
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat
pantang larang ataukepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh
mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. Terdapat sebab yang menerangkan
semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu
masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab
baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara福 (fú), atau
"tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering
kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau
"terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba".
Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.
BALIK KAMPUNG:
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia
bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan
bandar China, serta juga orang Cinase berang laut di seluruh dunia pulang ke
kampung halaman untuk berjamuan bersama sanaksaudara pada malam tahun Baru. Tempoh
ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運,Cina Ringkas: 春运) dan
boleh disamakan dengan fenomena " balik kampung" sewaktu masyarakat
Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada
balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan
raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika
Aidilfitri.
RUMAH TERBUKA:
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka
diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum
dan agama, dan juga pelancong asing,beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak
terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
PANTANG LARANG
Tuah baik
• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah
pada tahun baru
.• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau
hantu dan puakapembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga
sepanjang tahun.
• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan"
nasib sepanjang tahun bagipemakannya.
• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan
sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari
pertama mencerminkanperistiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka,
orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi
menaruh harapan untuk menambahkekayaan.
• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru
bermaksud memijak orang yangbergosip tentang pemakainya.
Nasib Malang ("Tuah buruk")
• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah
orang Cina keranaperkataan bahasa Kantonisbagi "kasut" sama bunyinya
dengan perkataan "kasar" atau"sukar".
• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang
kerana perkataanKantonisbagi "seluar" sama bunyinya dengan
"pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif,kerana
perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinyadengan
"kaya".)
• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi
rambut sama bunyinyadenganhasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai
"memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar
kekayaan (namun perihalkebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini
akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi
beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah
dialek Cinabagi"buku" sebunyi dengan perkataan bagi
"kalah".
Rujukan
Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 3,
Abdul Aziz bin AbdulRahman, muka surat 92 hingga 95, Percetakan Rina Sdn. Bhd.
Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, Terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Vishalache a/p Balakrishnan, Marwiyah Abu Kassim, Muslimin
Bin Fadzil.
Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6, Terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Vishalache Balakrishnan, Koo Kee Peng, Mohd Bakri Che Amin
21
除夕到十五 大习俗 小禁忌 http://www.epochtimes.com/gb/6/1/28/n1205589.htm
华人农历新年的传统http://www.360doc.com/content/13/0616/15/12785874_293266385.shtml
马来西亚style 如何庆祝新年习俗?16-1-2015 12:37 PM|原作者: 山下泽明
农历新年习俗知多少http://www.chinaqw.com/news/2006/0128/68/14895.shtml
No comments:
Post a Comment