Perayaan hari gawai
Nama
rasmi:gawai dayak
Juga
dikenali:ari gawai(iban),andu gawai(bidayuh)
Diraikan
oleh:Sarawak,Kalimantan barat
Tarikh:31
mei dan 1 jun
Sambutan:gawai
dayak
Gawai
dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum peribumi Sarawak,terutamanya
iban,bidayuh,dan orang ulu seperti kayan dan kenyah dan juga komuniti dayak di
Kalimantan barat.gawai bermaksud pesta.Jadi,gawai dayak adalah pesta
dayak.Gawai dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan
berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menuai padi dan bermulanya
musim menuai padi yang baru.Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan
sosial.
Perayaan
Hari Sikh
Juga dikenali sebagai Vasakhi, Baisakhi
Diraikan oleh Penganut agama Sikh seluruh dunia
Jenis: Kegamaan
Kepentingan: Kelahiran Khalsa, dan musim menuai baru
Tarikh: 1 Vaisakh (atau 14 April dalam kalendar
Gregory; dahulunya 13 April)
Sambutan: Pesta
Amalan: Sembahyang, perarakan, mengibar
bendera Nishan Sahib
Vaisakhi (Bahasa
Panjabi: ਵਸਾਖੀ, vaisākhī, juga dikenali sebagai
Baisakhi) ialah salah satu pesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan
bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa
kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh[1]. Vaisakhi jatuh pada hari
pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14
April dalam kalendar Gregory.
Vaisakhi merupakan
salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan
Khalsa pada tahun 1699;inilah Tahun Baru Sikh,sebenarnya. Vaisakhi juga
disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal Barat,
Kerala, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang
dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar
Punjab. Di Himachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi,
sementara di Bihar, dewa matahari Surya diberi penghormatan.[2] Perayaan ini
disambut sebagai Rongali Bihu di Assam, Naba Barsha di Bengal, Puthandu di
Tamil Nadu, Vishu (atau Vaishakhi) di Kerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil di
Sri Lanka. Selain Punjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di
beberapa negeri lain di utara India, termasuk Haryana, Himachal Pradesh dan
Uttaranchal.
No comments:
Post a Comment