My Song's

Wednesday, 4 November 2015

PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI



HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri ( عيد الفطر‎) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di Malaysia tidak kira bangsa sama ada Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh Malaysia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.



 


SEBELUM PERAYAAN 

Seminggu sebelum perayaan menjelang, suasana persiapan Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Seterusnya persekitaran di Bank, sesat dengan manusia yang ingin menukar wang kertas dengan nilai yang diinginkan sebagai duit raya kepada kanak-kanak, manakala sekolah pula akan ditutup awal satu minggu sebelum perayaan bagi memberi laluan bagi menyambut perayaan, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga kota yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
Suasana di kampung juga turut meriah sempena menyambut hari lebaran dengan halaman rumah yang diterangi cahaya pelita, lampu berwarna warni, bunga api,dan juga mercun. Manakala kaum wanita sibuk dengan membuat persiapan dengan membuat biskut raya, mengemas rumah, tukar posisi perabot dan memasang langsir baru dengan di bantu oleh anak-anak yang sedang bercuti sekolah. Solat terawih masih dilakuakan walaupun sibuk melakukan persiapan hari raya, ada kesedihan dalam menyambut hari lebaran iaitu sedih meninggalkan bulan mulia, bulan ibadat. Menjelang malam terakhir Ramadan ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai dihadapan televisyen bagi mendengar pengumuman sempena Hari Raya Aidilfitri saat itu masing-masing tidak sabar menunggu:


“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 17 Julai 2015”


Selepas itu terpancar kegembiraan di raup wajah masing-masing terutama ibu bapa dapat beraya dengan anak-anak yang pulang dari perantauan.

PADA HARI RAYA AIDIL FITRI

Laungan takbir hari raya aidil fitri kedengaran dari masjid-masjid berhampiran kampung : 


3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،

Umat Islam akan berkujung ke masjid bagi menunaikan solat sunat aidil fitri pada bagi raya. Seterusnya amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.


 Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.


 Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, dan boleh didapati dipasar-pasar dengan pelbagai animas karton antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Amalan ini dalam Islam di panggil sedekah.


 PAKAIAN
Pakaian pada hari raya aidil fitri adalah baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini.









MAKANAN
Juadah wajib ada pada hari raya ialah Ketupat ni boleh dikatakan menjadi makanan signature bila tiba Hari Raya Aidilfitri. *tak ada ketupat tak sah la kan. Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang mana ia menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya.

Bagi mereka yang berada di sebelah pantai timur Malaysia, mereka akan cukup biasa dengan makanan tradisional ni. Ia juiga biasa dapat dilihat bila adanya hari penting seperti perayaan. Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah, beras pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun getah dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga masak dan rasa masam.

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri


Foto 1 :
 Lemang dan rendang


 Foto 2 : Tapai


 Foto 3 : Ketupat


Foto 4 : Rendang Daging


Foto 5 : Kuih Muih


No comments:

Post a Comment