My Song's

Wednesday 25 November 2015

CHINESE NEW YEAR


Chinese New Year

SEJARAH PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama "Nian" membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhlu kini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun Baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian „cheongsam‟, menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.  Mitos : Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitarmusim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián , yang bermaksud "menyambut tahun baru"membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian". Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalahpermulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang ituialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.  Upacara khusus dalam perayaan Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina.  Antaranya ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum tahun baru cina sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman.   Selain itu, tarian singa akan diadakan sama ada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau puaka dan juga musibah.  Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka yang telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.  Pada hari yang kelima belasmerupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié ataupun Chap Goh Mei.  Pada hari ini mereka akan makan bersama-sama keluarga sekali lagi.  Individu yang mengetuai upacara khusus kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.Tempat khusus sambutan di jalankan Sambutan Tahun Baru Cina dijalankan di rumah dan di desa.Selain itu,sambutan ini juga disambut di sebahagian pekan dan bandar kecil.
Gambar 1: Rasaksa Nian
PERSIAPAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA
SEBELUM : 



Sebelum perayaan pada hari-hari sebelum Tahun Baru, kaum keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu sertamenyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak bolehdisapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.  Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucapkan kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini.  Di China Utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.


Gambar 2: "Tuan Yuan Fan "  Makan Malam dengan Keluarga dan Perkataan Bertuah
SEMASA :
 Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan untukmenyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai mereka.Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga yang lebih tua seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang. Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara terbalik, sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan“datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”.  Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dandihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. ANG PAU Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.  Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlahwang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angkaganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian . Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati,maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau.  Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam ang pau.



Gambar 3: Sembayang Nenek Moyang dan Mengeda Ang Pao
SELEPAS :
Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga cina akan bersama-sama mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meninggalkan sanak-saudara mereka. Pada hari kelima belas mereka akan meraikan sebagai Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine dan juga Hari Bujang. 
MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
Ucapan "xin nian kuai le" merupakan bahasa Cina yang bermaksud Selamat Tahun Baru Cina. Ucapan ini merupakan ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China,"guò nián hǎo" yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru Cina antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialah dapat hidup dalam keadaan yang baik. Selain itu, "Gong Xi Fa Cai” yang diterjemah sebagai tahniah dan semoga mendapat rezeki.
PAKAIAN
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.


HARI SEBELUM TAHUN BARU CINA
Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲 ,Cina Ringkas: 守岁)berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.


Gambar 4Aktiviti Shou Sui
HARI- HARI PERAYAAN       
Hari Pertama:
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.  Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam keluarga mereka,biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.  Tāngyuán , bebola pulut manis dalam sup,dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudiandimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tang yuan boleh dibuat sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.


Gambar 5: Tarian Singa dan Makanan Tang Yuan
Hari Kedua :
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuanyang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.
Hari Ketiga :
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara.  Hari ini dikenali sebagai "mulut merah", yang bermaksud mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
Hari Kelima :
Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" . Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.


 Gambar 6: Aktiviti Menyambut Cai Shen
Hari Ketujuh :
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila saladikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Ini merupakan adat resam utama yang diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.
Hari Kesembilan :
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja  Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru"suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberap agenerasi lalu.

 Gambar 7: Sembahyang Maharaja Jed
Hari Kelima Belas :
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié ,atau Chap Goh Mei, versi Cina bagi Hari Valentine. Bagi hari ini orang Hokkien ada satu tradisi, tradisi ini terbuka bagi orang yang belum mempunyai kekasih atau orang yang bujang.  Tradisi ini adalah membuang limau(perempuan) atau pisang(lelaki) yang telah menulis no.telephone atau alamat rumah ke dalam kolam.  Selepas itu, tunggu orang menelefon yang berikut nombor yang berada di kulit limau atau pisang yang telah mengaut di dalam kolam itu.  Tetapi mereka boleh memilih terima atau tidak.  



Gambar 8: Aktiviti Chap Goh Mei


SIMBOL:
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang ataukepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. Terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.
BALIK KAMPUNG:
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cinase berang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanaksaudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運,Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena " balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.
RUMAH TERBUKA:
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
PANTANG LARANG
Tuah baik
• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru
.• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puakapembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagipemakannya.
• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkanperistiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambahkekayaan.
• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yangbergosip tentang pemakainya.
Nasib Malang ("Tuah buruk")
• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina keranaperkataan bahasa Kantonisbagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau"sukar".
• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataanKantonisbagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif,kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinyadengan "kaya".)
• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinyadenganhasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihalkebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cinabagi"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
Rujukan
Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 3, Abdul Aziz bin AbdulRahman, muka surat 92 hingga 95, Percetakan Rina Sdn. Bhd.
Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Vishalache a/p Balakrishnan, Marwiyah Abu Kassim, Muslimin Bin Fadzil.

Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Vishalache Balakrishnan, Koo Kee Peng, Mohd Bakri Che Amin 21

除夕到十五 大习俗 小禁忌 http://www.epochtimes.com/gb/6/1/28/n1205589.htm

华人农历新年的传统http://www.360doc.com/content/13/0616/15/12785874_293266385.shtml

马来西亚style 如何庆祝新年习俗?16-1-2015 12:37 PM|原作者: 山下泽明 

农历新年习俗知多少http://www.chinaqw.com/news/2006/0128/68/14895.shtml

HARI RAYA AIDILADHA



HARI RAYA AIDILADHA
           
Hari Raya Aidiladha atau  Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan yang terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha pada 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T .

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu adalah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.


 Amalan ziarah- menziarahi merupakan fenomena yang biasa ketika sambutan perayaan. Secara tidak langsung perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Amalan memohon maaf ketika perayaan dapat menjernihkan sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih sayang antara anggota keluarga.  Amalan mengadakan rumah terbuka juga turut dilakukan semasa perayaan Aidiladha. Selain itu, amalan memakai pakaian dan memasak makanan tradisional menyerikan lagi sambutan perayaan.

JUADAH DI HARI RAYA AIDILADHA


   
        RENDANG DAGING
Bahan- bahan
1 kg daging
3 cawan cili kisar- guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu kerisik – guna 1 ½ pek
2-4 helai daun kunyit- carik
Garam, asam jawa dan gula
Bahan A
8 biji bawang merah- tambah 1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
BAHAN B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai- hiris
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih 


LEMANG
Bahan
2 kg beras pulut
5 biji kelapa
4 batang buluh lemang
Daun pisang muda
Garam secukup rasa



SERUNDING AYAM
Bahan
1 kilo isi ayam atau seekor ayam( ambil isi sahaja)
1 kilo santan
3 genggam jintan kasar
3 genggam ketumbar
½ kilo bawang besar
10 ulas bawang putih
2 senduk gula, garam secukup rasa
5 senduk cili kisar
2 cm halia
1 paket kerisik
Minyak untuk menumis
Secawan air asam jawa

PAKAIAN- PAKAIAN SEMASA PERAYAAN


BAJU KURUNG KAMPUNG


( GAMBAR 1)

BAJU KURUNG MODEN


(GAMBAR 2)

BAJU KURUNG KLASIK

( GAMBAR 3)

BAJU MELAYU


(GAMBAR 4)

JUBAH LELAKI


(GAMBAR 5)

JUBAH WANITA


(GAMBAR 6)


Monday 23 November 2015

SAMBUTAN DEEPAVALI


Sambutan Deepavali

    Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh kaum India pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) , Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Sehari sebelum Deepavali, seluruh ahli keluarga akan sibuk membersihkan rumah, menghiaskan rumah dengan lampu berwarna-warni, kad hari deepavali dan bunga-bunga. Selain itu, sebanyak 11 helai daun manga akan digantungkan pada gerbang pintu masuk depan dan sebanyak 9 helai akan digantungkan pada gerbang pintu masuk belakang. Tujuannya ialah sebagai tanda memberi sambutan kepada perkara yang baik dan juga dikatakan membawa tuah kepada ahli keluarganya.



Sementara itu, para kaum wanita dalam keluarga akan memasak pelbagai juadah pada petang itu. Juadah tersebut adalah untuk upacara penyembahan nenek moyang kita. Gambar-gambar mereka akan disusun di sebuah tempat yang sesuai dan makanan-makanan yang dimasak akan dihidangkan beralaskan daun pisang di hadapan gambar mereka. Selain itu, pakaian-pakaian baru yang dibeli sempena perayaan Deepavali turut akan diletakkan di hadapan gambar mereka. Amalan ini diamalkan oleh setiap keluarga kaum India sebagai tanda hormat kepada nenek moyang dan juga sebagai tanda peringatan terhadap mereka oleh setiap ahli keluarga. Selepas ucapara tersebut, setiap ahli keluarga akan menjamu selera. Makanan yang dihidangkan di hadapan gambar-gambar nenek moyang tadi akan dibahagikan sama rata dan diberikan kepada semua orang untuk makan.



     Selepas itu, sementara menunggu detik Deepavali iaitu pada jam 12.00 tengah malam, ahli keluarga akan berkumpul dan bersembang. Terdapat juga para wanita, gadis-gadis remaja dan kanak-kanak akan memakai “ Mehandi” ataupun inai mengikut pelbagai corak pada bahagian tangan dan juga kaki. Apabila jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, setiap ahli keluarga akan berada di luar rumah sambil menyalakan lampu pelita di sekitar halaman rumah. Amalan menyalakan lampu pelita telah diamalkan sejak zaman dahulu. Kebiasaanya, perayaan Deepavali akan jatuh pada musim yang sejuk dan juga hujan. Oleh itu, masyarakat India pada zaman dahulu akan menyalakan lampu pelita sebagai satu penghalang untuk kesejukkan tersebut meresap ke dalam rumah mereka. Selain itu, mereka juga akan bermain bunga api dan mercun sebagai tanda menyambut kelahiran hari Deepavali pada masa itu.



Pada awal pagi hari Deepavali, setiap ahli keluarga akan bangun sebelum matahari terbit. Mereka akan mandi dengan menggunakan minyak bijan untuk penyuciaan badan dan semangat. Selepas itu, setiap ahli keluarga akan berpakaian baju tradisional yang baru. Ahli keluarga yang muda akan mendapatkan restu daripada orang-orang tua dalam keluargnya sepert ibu bapa dan datuk nenek. Pada masa itu juga, mereka akan mendapat wang sebagai tanda pemberian oleh orang berusia tua daripada mereka. Kaum wanita dalam setiap keluarga akan melukis “ Koolam” di lantai halaman hadapan rumah. Koolam merupakan lukisan yang dilukis pada lantai oleh kaum India dengan menggunakan tepung besar yang dicampurkan dengan pelbagai jenis serbuk warna yang lain. Tujuan utama melukis Koolam ialah ia merupakan tanda menjemput para tetamu, dan juga dipercayai mendapat pahala apabila binatang-binatang kecil seperti burung dan semut makan tepung besar tersebut. Selepas itu, seluruh ahli keluarga akan menuju ke kuil pada pagi itu. Di kuil, penyembahan istimewa akan dilakukan oleh setiap orang yang beragama India. 








     Apabila sampai di rumah, setiap orang yang menjamu selera iaitu Tosai atau Idli bersama kari Dhal atau kari Ayam yang merupakan sarapan tradisional kaum India. Selepas itu, pelbagai kuih-muih tradisional akan dihidangkan kepada para tetamu. Contohnya, Murukku, Aachi Murukku, Nei Urundei, Cittu Urundei, Laddu, Jelebi, Kesari dan Payasam. Selain itu, juga terdapat biskut-biskut moden yang dibeli atau dibuat sendiri akan dihidangkan.Para tetamu yang berkunjung ke rumah pada hari Deepavali bukan sahaja terdiri daripada kaum India malah juga terdapat kaum Melayu, Cina, Kristian dan juga lain-lain.












 Apabila tiba waktu tengahari, seluruh ahli keluarga dan para tetamu akan dijemput menjamu selera. Masakan utama ialah nasi sapi atau nasi biriyani, kari ayam, rendang kambing, paneer yang merupakan campuran masala bersama yougurt dan kari dal. Selepas selesai menjamu selera, setiap ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan juga jiran akan meluangkan masa bersama dengan bersembang-sembang dan berkongsi cerita masing-masing. Manakala golongan kanak-kanak dan remaja pula akan bermain permainan tradisional dan juga bunga api atau mercun.










Saturday 21 November 2015

PERAYAAN HARI GAWAI DAN HARI SIKH


Perayaan hari gawai
Nama rasmi:gawai dayak
Juga dikenali:ari gawai(iban),andu gawai(bidayuh)
Diraikan oleh:Sarawak,Kalimantan barat
Tarikh:31 mei dan 1 jun
Sambutan:gawai dayak


Gawai dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum peribumi Sarawak,terutamanya iban,bidayuh,dan orang ulu seperti kayan dan kenyah dan juga komuniti dayak di Kalimantan barat.gawai bermaksud pesta.Jadi,gawai dayak adalah pesta dayak.Gawai dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menuai padi dan bermulanya musim menuai padi yang baru.Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.





Perayaan Hari Sikh

Juga dikenali sebagai  Vasakhi, Baisakhi
Diraikan oleh   Penganut agama Sikh seluruh dunia
Jenis:   Kegamaan
Kepentingan:   Kelahiran Khalsa, dan musim menuai baru
Tarikh: 1 Vaisakh (atau 14 April dalam kalendar Gregory; dahulunya 13 April)
Sambutan:       Pesta
Amalan:           Sembahyang, perarakan, mengibar bendera Nishan Sahib

Vaisakhi (Bahasa Panjabi: ਵਸਾਖੀ, vaisākhī, juga dikenali sebagai Baisakhi) ialah salah satu pesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh[1]. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory.

Vaisakhi merupakan salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699;inilah Tahun Baru Sikh,sebenarnya. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal Barat, Kerala, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab. Di Himachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi, sementara di Bihar, dewa matahari Surya diberi penghormatan.[2] Perayaan ini disambut sebagai Rongali Bihu di Assam, Naba Barsha di Bengal, Puthandu di Tamil Nadu, Vishu (atau Vaishakhi) di Kerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil di Sri Lanka. Selain Punjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di beberapa negeri lain di utara India, termasuk Haryana, Himachal Pradesh dan Uttaranchal.