My Song's

Monday 23 November 2015

SAMBUTAN DEEPAVALI


Sambutan Deepavali

    Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh kaum India pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) , Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Sehari sebelum Deepavali, seluruh ahli keluarga akan sibuk membersihkan rumah, menghiaskan rumah dengan lampu berwarna-warni, kad hari deepavali dan bunga-bunga. Selain itu, sebanyak 11 helai daun manga akan digantungkan pada gerbang pintu masuk depan dan sebanyak 9 helai akan digantungkan pada gerbang pintu masuk belakang. Tujuannya ialah sebagai tanda memberi sambutan kepada perkara yang baik dan juga dikatakan membawa tuah kepada ahli keluarganya.



Sementara itu, para kaum wanita dalam keluarga akan memasak pelbagai juadah pada petang itu. Juadah tersebut adalah untuk upacara penyembahan nenek moyang kita. Gambar-gambar mereka akan disusun di sebuah tempat yang sesuai dan makanan-makanan yang dimasak akan dihidangkan beralaskan daun pisang di hadapan gambar mereka. Selain itu, pakaian-pakaian baru yang dibeli sempena perayaan Deepavali turut akan diletakkan di hadapan gambar mereka. Amalan ini diamalkan oleh setiap keluarga kaum India sebagai tanda hormat kepada nenek moyang dan juga sebagai tanda peringatan terhadap mereka oleh setiap ahli keluarga. Selepas ucapara tersebut, setiap ahli keluarga akan menjamu selera. Makanan yang dihidangkan di hadapan gambar-gambar nenek moyang tadi akan dibahagikan sama rata dan diberikan kepada semua orang untuk makan.



     Selepas itu, sementara menunggu detik Deepavali iaitu pada jam 12.00 tengah malam, ahli keluarga akan berkumpul dan bersembang. Terdapat juga para wanita, gadis-gadis remaja dan kanak-kanak akan memakai “ Mehandi” ataupun inai mengikut pelbagai corak pada bahagian tangan dan juga kaki. Apabila jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, setiap ahli keluarga akan berada di luar rumah sambil menyalakan lampu pelita di sekitar halaman rumah. Amalan menyalakan lampu pelita telah diamalkan sejak zaman dahulu. Kebiasaanya, perayaan Deepavali akan jatuh pada musim yang sejuk dan juga hujan. Oleh itu, masyarakat India pada zaman dahulu akan menyalakan lampu pelita sebagai satu penghalang untuk kesejukkan tersebut meresap ke dalam rumah mereka. Selain itu, mereka juga akan bermain bunga api dan mercun sebagai tanda menyambut kelahiran hari Deepavali pada masa itu.



Pada awal pagi hari Deepavali, setiap ahli keluarga akan bangun sebelum matahari terbit. Mereka akan mandi dengan menggunakan minyak bijan untuk penyuciaan badan dan semangat. Selepas itu, setiap ahli keluarga akan berpakaian baju tradisional yang baru. Ahli keluarga yang muda akan mendapatkan restu daripada orang-orang tua dalam keluargnya sepert ibu bapa dan datuk nenek. Pada masa itu juga, mereka akan mendapat wang sebagai tanda pemberian oleh orang berusia tua daripada mereka. Kaum wanita dalam setiap keluarga akan melukis “ Koolam” di lantai halaman hadapan rumah. Koolam merupakan lukisan yang dilukis pada lantai oleh kaum India dengan menggunakan tepung besar yang dicampurkan dengan pelbagai jenis serbuk warna yang lain. Tujuan utama melukis Koolam ialah ia merupakan tanda menjemput para tetamu, dan juga dipercayai mendapat pahala apabila binatang-binatang kecil seperti burung dan semut makan tepung besar tersebut. Selepas itu, seluruh ahli keluarga akan menuju ke kuil pada pagi itu. Di kuil, penyembahan istimewa akan dilakukan oleh setiap orang yang beragama India. 








     Apabila sampai di rumah, setiap orang yang menjamu selera iaitu Tosai atau Idli bersama kari Dhal atau kari Ayam yang merupakan sarapan tradisional kaum India. Selepas itu, pelbagai kuih-muih tradisional akan dihidangkan kepada para tetamu. Contohnya, Murukku, Aachi Murukku, Nei Urundei, Cittu Urundei, Laddu, Jelebi, Kesari dan Payasam. Selain itu, juga terdapat biskut-biskut moden yang dibeli atau dibuat sendiri akan dihidangkan.Para tetamu yang berkunjung ke rumah pada hari Deepavali bukan sahaja terdiri daripada kaum India malah juga terdapat kaum Melayu, Cina, Kristian dan juga lain-lain.












 Apabila tiba waktu tengahari, seluruh ahli keluarga dan para tetamu akan dijemput menjamu selera. Masakan utama ialah nasi sapi atau nasi biriyani, kari ayam, rendang kambing, paneer yang merupakan campuran masala bersama yougurt dan kari dal. Selepas selesai menjamu selera, setiap ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan juga jiran akan meluangkan masa bersama dengan bersembang-sembang dan berkongsi cerita masing-masing. Manakala golongan kanak-kanak dan remaja pula akan bermain permainan tradisional dan juga bunga api atau mercun.










No comments:

Post a Comment